Entry terbaik
banyak blogger2 hebat buat saya teruja ! ^_^
ayat ni aku ambil dari satu blog kepunyaaan someone, aku lupa nak usha owner dia, So sorry, pinjam sat ayat kau okay.
"Last two years with you was not pretend,and you know how my heart trembles into dust."
"People intended to listen lies because truth hurts"
~my favorite quote for this month :)
This is a bit post from him, i love it. Read and understand it.
Jadi,ini satu nasihat.Don't waste your entire youth yang kau sikit ni jadi penunggu. Seagung mana cinta kau pun,kalau kau jadi penunggu kau adalah seorang yang merugikan diri sendiri.Hidup kita ni bukan usia Nabi Nuh boleh tunggu lama-lama..Kalau aku teruskan perasaan murung tu - aku tak buat apa-apa - macam menulis blog. Aku gunakan emosi amarah aku itu untuk meluahkan perasaan itu.Dan pada masa itu - orang lain turut membaca perasaan kau.Aku percaya satu hari nanti kau akan bertemu dengan nasib yang lebih baik dari apa yang ada sekarang - kalau kau berlapang dada dan sanggup melepaskan apa yang kau sayang.Insya Allah janji Tuhan ada berkata "Inna Maal Usri Yusra" - setiap yang berlaku pada kau pasti ada balasan baik.
Aku harap kau pun ada perasaan begitu.Turunlah kau dari gunung itu - dan carilah makna kehidupan di lembah bawah ini.Aku takkan sesekali menganggap kau musuh aku - kerana aku faham perasaan kau.Carilah erti kehidupan kau dalam masa muda kau yang semakin singkat ini.Kalau kau sayangkan dia - kalau dia minta kau lepaskan dia maka lepaskan lah - sebab it takes two to tango.Cinta bukan hubungan bondage - kau ikat dan kau sebat-sebat.Kalau kau sayangkan dia - kau turun dari gunung dan cari makna baru kehidupan.Kalau kau sayangkan dia - kau belajar untuk sayang diri sendiri dulu.Macam mana nak sayang orang kalau diri sendiri pun tak tahu nak sayang?
Macam aku - aku sayang apa yang aku ada sekarang.Aku hargai dia bila dia datang dalam hidup aku.Seperti menemui cahaya di hujung terowong yang gelap setelah sesat di dalam lombong terowong.Dari lapan tahun yang aku alami itu - aku mahu derita ini berakhir.Dan Tuhan mendengar pintaan aku.Kau jangan anggap bila dia hilang dari kau - kau sudah hilang tempat bergantung harap.Kau ada Tuhan - dan kau ada perasaan cinta kau untuk kau kongsikan kepada orang lain yang mahu.Kau jangan jadi mat lampir kepada orang yang kau sayang - kau takut-takutkan dia,kau ugut-ugutkan dia dan kau terus mencengeng-cengeng membuatkan orang rasa resah gelisah.
Sekarang nota ini telah aku tulis.Terpulanglah kalau kau nak baca atau tak.Aku menulis atas kapasiti seorang yang pernah hatinya hancur - kepada kau yang juga hatinya telah hancur.Turunlah kau dari gunung - jangan terjun,turun perlahan-lahan dan kau akan dapati - segala kesukaran itu akhirnya diakhiri dengan kebahagiaan.Kau percayalah.Ini bukan aku yang kata - ini Tuhan yang kata.Inna maal usri yusra.
No comments:
Post a Comment